PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

 PENDAHULUAN.

 

Pemerolehan bahasa.

    Pemerolehan bahasa dikatakan bermula sejak bayi itu dilahirkan lagi iaitu melalui konteks sosial sebelum mereka mula bercakap. Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari bahasa. Oleh itu, ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat di persekitaran kepada anak-anak mereka. Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut walaupun pada peringkat awal, bayi tersebut belum mampu menghasilkan sebarang perkataan.

 Pemerolehan Bahasa Menurut Tokoh.

     Menurut Brookes (1975), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula ketika berusia lebih kurang 18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berusia lebih kurang empat tahun. Menurut Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa ialah penguasaan bahasa seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia dua hingga enam tahun. Hal ini tidak bermakna bahawa orang dewasa tidak dapat memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidaklah sehebat kanak- kanak. Beliau juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa merupakan satu proses yang berlaku dalam otak seseorang individu yang melibatkan perlakuan dan kecekapan. 

 

PERINGKAT PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA.

 

Peringkat Vokalis (Bebelan).

Sebelum bayi mengujarkan bunyi-bunyi bahasa, dia telah mengeluarkan pelbagai bunyi, menangis, mengagah dan gelak. Menurut Lenneberg, Rebelsky dan Nichols (1995), bayi di mana-mana pun membuat beraneka bunyi yang sama saja, termasuklah bayi yang pekak sejak lahir. Proses ini juga berlaku kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 11 bulan sahaja. Penggunaan bunyi-bunyi bahasa akan berlaku pada peringkat ini. Sebagai contoh, bunyi vokal dan kosonan merupakan bunyi bahasa yang akan berlaku kepada kana-kanak. Kanak-kanak biasanya mula membebel iaitu dengan mengujar dengan mengulangi gabungan bunyi yang merupakan urutan kosonan dan vokal.  Sebagai contoh, ‘ma-ma’dan ‘pa-pa’. Kebanyakan bunyi yang diujarkan oleh bayi bukan semua adalah bunyi manusia.  Kanak-kanak sering menggunakan perkataan yang berbentuk ayat serta dikenali sebagai bebelan ketika berusia dalam lingkungan 10 atau 11 bulan. Namun demikian bebeblan yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini hanya dalam bentuk pola intonasi penyata dan pertanyaan serta seruan sahaja. Kanak-kanak ini hanya akan mengingati dan memperoleh perkataan dalam perkataan tersebut hanya melalui rentak yang telah biasa didengar olehnya pada ketika itu. Hal ini kerana, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk mendengar pola rentak, nada dan tekanan yang biasa didengarinya sahaja. Sejak mereka lahir, kanak-kanak ini akan mencuba untuk meniru intonasi sesuatu perkataan yang diujarkan oleh orang sekeliling mereka hal ini bertujuan untuk mereka melatih alat-alat artikulasi mereka pada ketika itu.

 Peringkat Holofrasa 

Seterusnya peringkat holofrasa ialah peringkat di mana kanak- kanak ini lebih banyak tertumpu kepada kata tunggal untuk meluahkan perasaan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak menyatakan kata tunggal tersebut bagi menunjukkan sesuatu perkataan itu adalah berbeza. Misalnya, perkataan “mama”perkataan ini boleh membawa maksud yang berbeza bagi seseorang kanak-kanak contohnya satu boleh membawa maksud emak kepada budak tu dan lagi satu boleh membawa maksud ‘saya mahukan mama saya’ jika kanak-kanak tersebut sedang bercakap dengan orang lain. Namun demikian, penggunaan kata tunggal ini akan berkesan jika digunakan pada situasi atau keadaan yang tepat sahaja. Hal ini kerana penggunaan kata tunggal tidaklah begitu rumit dalam komunikasi seorang kanak-kanak. Penutur juga dapat menyatakan sesuatu kata yang mudah untuk difahami oleh para pendengar. Walau bagaimanapun, untuk menamakan sesuatu benda kanak-kanak ini bukan saja menggunakan kata tunggal malah mereka juga akan menggunakan perkataan yang sama untuk menyampaikan fikiran kompleks jika melibatakan benda tersebut. Oleh itu, tidaklah mudah untuk kita mentafsirkan apa yang hendak disampaikan oleh kanak-kanak itu kerana hanya melalui perkataan tunggal yang digunakannya sahaja. Perkara ini tidaklah mudah bagi ibu bapa untuk mentafsir apa yang anak mereka mahukan namun jika ibu bapa itu tidak dapat memahami hal ini dapat melatih anak-anak mereka untuk berusaha memperbaiki keupayaan mereka untuk berhubung melalui bahasa.

 Peringkat Telegrafik.

Di samping itu, peringkat telegrafik pula ialah ketika kanak-kanak berusia lebih kurang 18 bulan hingga 4 tahun mereka telah mula untuk menghasilkan dua atau tiga patah perkataan dalam pertuturan mereka. Terdapat perbezaan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 18 bulan yang kita dapat lihat berbanding ketika mereka berusia bawah 18 bulan. Kanak- kanak ini telah berjaya untuk menghasilkan perkataan yang bertujuan untuk meminta, memberi amaran, menolak dan menjawab persoalan yang diajukan oleh orang lain serta memberitahu ibu bapa mereka mengenai apa yang dimahukan oleh mereka ketika mereka berusia 18 bulan. Perkembangan alat pemerolehan bahasa kanak-kanak dapat dilihat melalui kebolehan berfikir dan kebolehan secara konseptual merupakan satu perkara yang sangat menakjubkan. Pendengar akan cuba memahami pertuturan kanak-kanak kerana kanak-kanak akan menggunakan dua kombinasi kata iaitu kata akar dan kata inti untuk menghasilkan sesuatu perkataan. Sebagai contoh, perkataan “pisang meja” perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak ini mereka ingin menyatakan bahawa ‘pisang di atas meja’. Jika seseorang itu mempunyai hubungan yang erat dengan kanak-kanak tersebut mereka akan memahami apa yang diujarkan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, kanak-kanak juga akan mempelajari kata sendi nama seperti kepada, dengan dan oleh pada peringkat ini. Hal ini akan lebih memudahkan orang dewasa untuk memahami apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana bukan mudah untuk seseorang itu memahami bahasa yang disampaikan oleh kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak itu hanya menghasilkan dua atau tiga kata sahaja pada peringkat ini namun penghasilan ini telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah berjaya membina konsep dan berfikir ketika berusia yang muda. Kanak-kanak mula menghasilkan ujuran yang lebih panjang melalui pemerolehan morfem dengan menggunakan kata tugas, infleksi pada kata nama dan kaat kerja maka sintaksis kompleks juga akan wujud. Kereferantialan juga telah memperlihatkan bahawa sesuatu bahasa itu juga dapat dirujuk bagi sesuatu benda, peristiwa atau keadaan di dunia ini.

 

PERKEMBANAGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS.

    Kanak-kanak apabila telah memasuki umur lima tahun, mereka boleh untuk menghasilkan struktur yang terpenting dalam bahasanya (Carol Chomsky, 1969 Palermo dan Molfese, 1972). Apabila kanak-kanak berusia 10 tahun mereka suda menguasai struktur ini mungkin anggaran ini tidak terlalu salah walaupun penyelidikan masih belum boleh memastikan bilakah struktur kompleks ini dikuasai secara menyeluruh. Sebagai contoh ayat yang digunakan ialah saya dan ali bermain bola bersama-sama.

 

 

RUJUKAN

Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013), “Ilmu Psikolinguistik”. Perak: Emeritus Publications.

Noor Aina Dani (2017), “Asas Psikolinguistik”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Na Mohammed (2001) “Pemerolehan Bahasa Dan Peringkat Peringkat Perkembangannya”. Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/2903/5/BAB2.pdf 

Safriandi A. Rosmanuddin (2009. April 14). “Pemerolehan Bahasa Pertama”. Diperoleh daripada https://nahulinguistik.wordpress.com/2009/04/14/pemerolehan-bahasa-pertama/ 

Suci Rani Fatmawati ( 2015, 1 Jun) “Pemerolehan Bahasa Pertama Anak Menurut Tinjauan Psikolinguistik” Diperoleh daripada  http://journal.uinsi.ac.id/index.php/lentera_journal/article/view/429 

 

Comments

Popular posts from this blog

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

KECELARUAN BAHASA