PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 PENDAHULUAN

 

Bahasa kedua secara umumnya telah diperolehi oleh seseorang setelah mereka mempunyai bahsa pertama. Hal ini dikatakan demikian kerana telah tercipta mengapa mempunyai istilah bahasa pertama dan bahasa kedua. Bahasa pertama adalah bahasa yang pertama kali diperoleh seseorang manakala bahasa kedua pula ialah bahasa yang  diperoleh setelah memperoleh bahasa pertama. 

 Menurut Purteri Roslina (2004) telah menyatakan bahawa pemerolehan bahasa telah berlaku secara aktif ketika kanak-kanak berusia dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun dan telah membawa makna penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung. Walau bagaimanapu,  pemerolehan bahasa juga akan berlaku kepada orang dewasa tetapi  tidaklah sebanyak kanak-kanak. Pemerolehan bahasa pertama ini juga telah dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asli daripada bahasa ibunda mereka manakala bahasa kedua pula dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asing.

Menurut Abdullah Hassan (2007) telah menyatakan bahawa bahasa kedua ini merupkan sebarang bahasa yang dipelajari selepas bahasa pertama atau bahasa ibunda manakala pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada proses seseorang mempelajari bahasa yang selain daripada bahasa ibunda.

 Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang perlu dipelajari oleh seseorang itu selain daripada bahasa ibunda yang dipelajari. Bahasa asing yang perlu dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu dikenali sebagai bahasa kedua.





FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA.

     Menurut Abdullah Hassan (1987), telah menyatakan bahawa sebahagian individu yang cuba untuk mempelajari bahasa kedua kerana masyarakat ini hidup dalam bebrilang kaum dan bangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka juga merasakan bahawa jika mereka belajar bahasa kaum lain maka mudah untuk mereka berkomunikasi tanpa berlakunya sebarang perselisihan faham anatar satu sama lain. Sebagai contoh, apabila seseorang yang baru tiba dalam masyarakat  itu mereka akan dianggap sebagai orang asing dalam masyarakat. Seseorang itu juga tidak akan berasa terbaai apabila mereka berjaya menguasai sesuatu bahasa yang berkaitan dengan masyarakat itu. Oleh itu, terdapat beberapa faktor seseorang itu mempelajari bahasa kedua. Antaranya ialah:

1. Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat memperkukuh kedudukannya dalam masyarakat itu sendiri.

2. Tuntutan kepada peluang pekerjaan.

3. Bahasa majoriti dalam negara berkenaan merupakan bahasa kedua .

4.  Dapat mengenali sastera dan budaya bangsa lain

5. Tuntutan akademik atau sebagai bentuk latihan kognitif.

6. Kepentingan bahasa tersebut dalam pendidikan dan perhubungan.

7. Pengaruh ibu bapa di rumah yang banyak menggunakan bahasa kedua dalam berkomunikasi.

8. Sikap pelajar tersebut iaitu sedar akan kepentingan atau keperluan bahasa kedua.

9. Pertuturan dengan sesuatu kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua.


 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA KEDUA.

 

    Menurut Abdullah Hassan (1989), menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa kedua ini berlaku terhadap mereka yang melebihi umur lima tahun. Pembelajaran itu pula berlaku dalam lingkungan masyarakat bahasa yang dituturkan dan dalam kegiatan budaya yang tertentu. Karshen (1981) turut menyenaraikan pelbagai kaedah yang dapat membantu atau mengatasi masalah yang timbul dalam proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Antaranya, kaedah nahu terjemahan, kaedah terus, kaedah semula jadi, kaedah ajuk-hafaz, kaedah linguistik, kaedah gerak balas fizikal keseluruhan dan kaedah suggestopedia.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan.

Antara contoh kaedah yang digunakan ialah kaedah tatabahasa terjemahan. Kaedah ini merupakan antara kaedah paling lama digunakan untuk pengajaran bahasa kedua. Kaedah ini menekankan kemahiran menulis pelajar, oleh itu kemahiran bertutur tidak dipentingkan. Perkara yang ditekankan dalam bahasa kedua ialah ejaan dan penulisan. Penggunaan bahasa secara aktif kurang diberi perhatian disebabkan oleh perjelasan yang berfokus kepada aspek tatabahasa. Kosa kata yang diberi kepada pelajar pada peringkat awal pengajaran dan terjemahan merupakan satu cara yang penting untuk mempelajari kosa kata. Kosa kata juga telah didedahkan kepada pelajar dalam bentuk terasing daripada konteks. Pelajar perlu menguasai nahu dengan cara hafalan dan membuat latihan serta menterjemahkan ayat daripada bahasa sasaran. Seterusnya kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa, dan hukum-hukum ini dihafal oleh pelajar untuk membolehkan mereka menguasai bahasa kedua tersebut. (Husin, Yusof & Shaari, 2011). Kaedah ini juga telah mendedahkan tentang  perbendaharaan kata pada peringkat awal pembelajaran. Aspek yang paling penting ialah terjemahan. Kata-kata diberi dalam bentuk ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum- hukum tatabahasa kemudian dilafaz sebagai cara untuk menguasai bahasa tersebut. Kaedah ini telah memberi penekanan kepada latihan tatabahasa yang menterjemahkan bahasa ibunda mereka kerana pemahaman isi bukanlah isu utama kaedah ini. Ayat tersebut mungkin tidak mempunyai kaitan. Oleh itu, seseorang akan lebih untuk memahami tatabahasa bahasa kedua jika mereka terbuka kepada tatabahasa bahasa kedua dengan betul supaya dapat diterjemahkan oleh seseorang itu  daripada bahasa asing kepada bahasa ibunda. Seseorang akan lebih yakin ketika berhadapan dengan sesiapapun kerana penguasaan terhadap perbendaharaan kata yang lebih luas.

 

 Kaedah Terus.

Kaedah terus pula ialah pelajar tidak dibenarkan untuk menggunakan bahasa ibunda. Penjelasan tentang makna dijelaskan dalam bahasa tersebut itu juga. Sekitar tahun 1920 hingga 1935 kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer. Pembelajaran aspek bahasa seperti makna, frasa, atau bahasa kiasan dilakukan terus dalam bahasa sasaran. Kaedah ini dapat dilihat sangat membantu pelajar untuk memahami bahasa sasaran mereka kerana mempunyai hubungan langsung anatara konteks yang dapat membantu pemahaman dengan perkara yang didengari dan dibaca oleh pelajar dapat menghalang bentuk gangguan (linguistic interference) dariapda bahasa pertama pelajar (Salehuddin, 2018). Seterusnya, kaedah dengar dan sebut ini  telah diperkenalkan dan dipraktikkan ketika Perang Dunia Kedua di Amerika Syarikat. Pembelajaran terus ini telah dimulakan dengan dialog yang mengandungi perbendaharaan kata dan unsur tatabahasa yang terdapat dalam mata pelajaran mereka sahaja. Seacara tidak langsung kemahiran tatabahasa dan aktiviti bacaan telah berjaya dikuasai melalui kaedah ini. Aktiviti ini  lebih bergantung kepada apa  yang dipelajari oleh mereka sahaja.

 

Kaedah Ajuk Hafaz

Selain itu, kaedah ajuk hafaz ialah tatabahasa yang dipelajari secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap makna ayat yang diungkapkan menggunakan bahasa ibunda tidak lah  diterjemah perkataan demi perkataan secara umum. Kaedah ini dapat dilihat melalui kemahiran lisan iaitu latihan bercakap, latihan menyebut perkataan dengan betul dan kemahiran lisan seperti latihan bercakap, latihan menyebut perkataan dengan betul dan kemahiran lisan yang lain adalah lebih berkesan. Selain itu, kaedah ini juga telah digunakan dalam Perang Dunia Kedua oleh angkatan bersenjata Amerika Syarikat bertujuan untuk mengajar para pegawai tentera secara intensif.

 

Kaedah Suggestopedia

Seterusnya, kaedah suggestopedia ini merupakan satu kaedah yang berfungsi untuk menggerakkan otak ketika berlakunya sesuatu pembelajaran. Pada tahun 1979, kaedah ini telah diasaskan oleh Gerorgi Lazanoz. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa aktiviti yang sesuai dijalankan mengikut kaedah ini seperti perbendaharaan kata, membaca dan berdialog. Penggunaan muzik sebagai latar belakang khususnya penggunaan muzik klasik juga merupakan satu kelainan yang tiada dalam mana-mana pengajaran bahasa lain. Alunan muzik ini bukan sahaja dapat menenangkan hati malah dapat juga merangsang keseimbangan otak kanan dan kiri seseorang itu.

 

 

 

RUJUKAN

Hidayatul Akmal Hashim, Norfasihah Mohamad dan Norsuriaty Ahmad Sarkawi (2010, 11 Ogos), “ Cara Pemerolehan Bahasa Kedua”. Diperoleh daripada http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html 

Jasmine Eng ( 2017. 20 Oktober), “Pemerolehan Bahasa Kedua”. Diperoleh daripada

https://www.scribd.com/document/362158039/Pemerolehan-Bahasa-Kedua 

Noor Aina Dani (2017), “Asas Psikolinguistik”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013), “Ilmu Psikolinguistik”. Perak: Emeritus Publications.

Zuraini Ramli (2018, November), “ Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua”. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/344899130_Zuraini_Ramli_-_Pengajaran_Bahasa_Melayu_Sebagai_Bahasa_Kedua 

Comments

Popular posts from this blog

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

KECELARUAN BAHASA