KECELARUAN BAHASA

  DISLEKSIA.

 

Menurut Ott dalam Shiela Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud ‘kesukaran’ dan lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Secara literalnya,  disleksia bermaksud ;kesukaran dalam berbahasa’. Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia bukanlah sejenis penyakit malah kanak-kanak ini hanya mengalami gangguan dalam pembelajaran ketika peringkat kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai disleksia ini mempunyai pemikiran yang normal tetapi hanya mengalami gangguan ketika membaca, menulis, dan mengeja serta mengira.

 

Selain itu, Wolrd Federation of Neorology pula mendefinisikan disleksia sebagai satu gangguan dalam diri kanak-kanak yang telah terima pendidikan biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf dengan intelek. Menurut laman web Sribd, terdapat beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia iaitu diskalkulia, disgrafia dan dispraksia.

 

Contoh tulisan individu yang mempunyai disleksia

 

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA.

 Apakah punca berlakunya disleksia?

Keturunan.

 

Kajian perubatan di Barat telah mendapati bahawa kanak-kanak yang menghidap disleksia ini mempunyai latar belakang keluarga yang turut mempunyai masalah tersebut. Hal ini kerana masalah disleksia ini memang wujud dalam genetik keluarga kanak-kanak yang menghidap disleksia. Kajian ini juga telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang telah membuat kajian terhadap 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati bahawa kesemua pasangan kembar tersebut mempunyai masalah membaca dan mengeja semasa kanak-kanak. Beliau juga menyatakan bahawa masalah disleksia ini banyak dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Masalah disleksia ini juga cenderung kepada anggota keluarga yang anggota kidal. Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai masalah disleksia ini secara tidak langsung telah menyebabkan anak-anak mereka mempunyai masalah disleksia atau anak yang kidal juga akan dikenal pasti sebagai disleksia. Perkara ini adalah diteraskan pendapat oleh John Badford (1999) dalam Kassan dan Abdullah (2010) yang menyatakan bahawa orang tua yang disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya atau anak kidal yang dikenal pasti disleksia tetapi menjadi antara punca masalah disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan di Amerika, 80 peratus daripada seluruh subjek yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran dan 60 peratus daripadanya adalah kidal. Hal ini turut diakui oleh seorang ahli psikologi Amerika sekitar tahun 1920-an bernama Orton yang mengemukan perkara yang sama di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cenderung untuk menggunakan tangan kidal di dalam Pumfrey P.D. dan Reason R. (1991) serta Orton S.T (1926).

 Pemakanan.

Menurut Bernet (2005), sekiranya pemakanan yang tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat, pertumbuhan akan terencat. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemakanan yang seimbang dan cukup mestilah dapat membekalkan kalori yang mencukupi. Selain itu, pemakanan yang seimbang ini akan membekalkan bahan-bahan makanan yang tertentu seperti protein, vitamin dan zat galian (mineral). Ekoran daripada itu, bekalan kalori yang cukup bergantung pada fasa pertumbuhan kanak-kanak.

Seterusnya, kanak-kanak yang pada tahun pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat haruslah mendapat bekalan kalori yang mencukupi. Proses pertumbuhan akan terganggu jika remaja dan kanak -kanak tidak mendapat bekalan kalori yang mencukupi pada pasa pertumbuhan mereka. Sebagai contoh,  daripada jumlah 105 kanak-kanak hanya terdapat sebahagian sahaja kanak-kanak yang mempunyai masalah pemakanan pada peringkat awal pertumbuhan mereka. Terdapat juga bahan- bahan yang mengganggu otak mereka semasa proses petumbuhan berdasarkan kajian yang telah dibuat. Antaranya ialah salicylates, tartarzine (zat pewarna makanan), nitrat, amine dan monosodium glumate (MSG).

 

Contoh makanan mengandungi MSG.

 

 Bawaan.

Masalah pendengaran ini boleh  berlaku dalam kalangan kanak-kanak sejak dilahirkan. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila seseorang bayi itu sentiasa menghidapi masalah selsema dan jangkitan kuman pada bahagian tengkorak, hal ini boleh mempengaruhi perdengaran dan perkembangan dari semasa ke semasa sehingga boleh menyebabkan kecacatan terutamanya ketika dalam tempoh lima tahun pertama. Keadaan ini hanya boleh dipastikan oleh doktor pakar jika membuat pemeriksaan yang lebih intensif dan terperinci. Selain itu, jika seorang kanak-kanak itu mempunyai masalah pendengaran sejak dilahirkan tetapi tidak dikesan lebih awal maka otak mereka yang dalam proses berkembang akan sukar untuk menghubungan bunyi dan suara yang didengarnya serta tidak dapat mengenal pasti huruf dan kata yang dilihat oleh mereka. Hal ini kerana perkembangan perdengaran ini sangat berkait rapat dengan perkembangan bahasa yang secara tidak langsung akan menimbulkan masalah dalam jangka panjang jika masalah disleksia ini tidak dirawat dan ditangani oleh doktor pakar. Oleh itu ibu bapa perlulah sentiasa peka terhadap perkembangan kanak- kanak semasa tempoh lima tahun pertama ini.

 

Biologi.

Kebiasaannya sejarah kanak-kanak yang menghidapi masalah disleksia ini ialah kanak- kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar telah menjadi punca kepada kelambatan atau ketidaksempurnaan proses perkembangan seseorang kana-kanak itu. Selain itu, punca masalah disleksia ialah dari fungsi otak yang memproses dan mengatur informasi secara berbeza dari lazimnya berdasarkan kajian yang dibuat oleh para penyelidik. Ekoran daripada itu, kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia ini proses perkembangan otak mereka adalah berbeza dengan kanak-kanak yang normal. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Profesor Dr. Azhar Md Zain, dalam kajian menerrusi mesin pengimejan resonans magnetik (MRI), kerosakan otak yang dialami oleh golongan disleksia berkemungkinan terbentuk sejak mereka sejak dalam kandungan ibu mereka lagi. Individu yang mengalami disleksia memang mengalami masalah kerosakan saraf pada otak di bahagian kiri mereka.

 


Perbezaan otak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak yang menghidapi disleksia.

 

 

RUJUKAN

 

Apipi Rashdan (2014, 8 Julai). “Faktor-faktor Berlakunya Disleksia”. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/232977872/Faktor-faktor-Berlakunya-Disleksia

Cikgu Hijau (2014, 12 Ogos). “Faktor-faktor Penyebab Disleksia”. Diperoleh daripadahttps://www.cikguhijau.com/2014/08/faktor-faktor-penyebab-disleksia.html?m=1

Insup Taylor & M.Martin Taylor (1990). “ Leraning and Using Language”. United States, Amerika: Prentice-Hall.

Norul Haida bt. Hj. Reduzan (2013), “Ilmu Psikolinguistik”. Perak: Emeritus Publications.

Sakilaadila92 ( 2013, 10 Disember). “Kanak-kanak Disleksia”. Diperoleh daripada https://akuseorangdisleksia.wordpress.com/ 

Comments

Popular posts from this blog

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA