Posts

Showing posts from December, 2022

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Image
  PENDAHULUAN.   Pemerolehan bahasa.      Pemerolehan bahasa dikatakan bermula sejak bayi itu dilahirkan lagi iaitu melalui konteks sosial sebelum mereka mula bercakap. Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari bahasa. Oleh itu, ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat di persekitaran kepada anak-anak mereka. Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut walaupun pada peringkat awal, bayi tersebut belum mampu menghasilkan sebarang perkataan.   Pemerolehan Bahasa Menurut Tokoh.        Menurut Brookes (1975), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula ketika berusia lebih kurang 18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berusia lebih kurang empat tahun. Menurut Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa ialah penguasaan bahasa seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia dua hi

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

Image
  PENDAHULUAN   Bahasa kedua secara umum nya telah diperoleh i oleh seseorang setelah mereka mempunyai bahsa pertama. Hal ini dikatakan demikian kerana telah tercipta  mengapa mempunyai  istilah bahasa pertama dan bahasa kedua. Bahasa pertama adalah bahasa yang pertama kali diperoleh seseorang  manakala b ahasa kedua  pula ialah bahasa yang  diperoleh setelah memperoleh bahasa pertama.     Menurut Purteri Roslina (2004) telah menyatakan bahawa pemerolehan bahasa telah berlaku secara aktif ketika kanak-kanak berusia dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun dan telah membawa makna penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung. Walau bagaimanapu,  pemerolehan bahasa juga akan berlaku kepada orang dewasa tetapi  tidaklah sebanyak kanak-kanak. Pemerolehan bahasa pertama ini juga telah dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asli daripada bahasa ibunda mereka manakala bahasa kedua pula dikaitkan dengan pemerolehan bahasa asing. Menurut Abdullah Hassan (2007) telah menyatakan bahawa bahasa kedu

KECELARUAN BAHASA

Image
   DISLEKSIA.   Menurut Ott dalam Shiela Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud ‘kesukaran’ dan lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Secara literalnya,  disleksia bermaksud ;kesukaran dalam berbahasa’. Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia bukanlah sejenis penyakit malah kanak-kanak ini hanya mengalami gangguan dalam pembelajaran ketika peringkat kanak-kanak. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai disleksia ini mempunyai pemikiran yang normal tetapi hanya mengalami gangguan ketika membaca, menulis, dan mengeja serta mengira.   Selain itu, Wolrd Federation of Neorology pula mendefinisikan disleksia sebagai satu gangguan dalam diri kanak-kanak yang telah terima pendidikan biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf dengan intelek. Menurut laman web Sribd, terdapat beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia iaitu diskalkulia, disgrafia dan dispraksia.   Contoh t