PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA
PENDAHULUAN. Pemerolehan bahasa. Pemerolehan bahasa dikatakan bermula sejak bayi itu dilahirkan lagi iaitu melalui konteks sosial sebelum mereka mula bercakap. Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari bahasa. Oleh itu, ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat di persekitaran kepada anak-anak mereka. Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut walaupun pada peringkat awal, bayi tersebut belum mampu menghasilkan sebarang perkataan. Pemerolehan Bahasa Menurut Tokoh. Menurut Brookes (1975), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula ketika berusia lebih kurang 18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berusia lebih kurang empat tahun. Menurut Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa ialah penguasaan bahasa seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia dua hi